Tuesday, June 23, 2015

ISTILAH-ISTILAH UMUM KAWALAN PROSES

Sistem kawalan suapbalik
Sistem kawalan suapbalik merupakan sebuah sistem di mana keluaran sentiasa dibandingkan dengan titik set masukan dan perbezaan di antara nilai tersebut dijadikan asas untuk kawalan.

Sistem kawalan servo
Sistem kawalan servo merupakan sebuah sistem kawalan suapbalik di mana keluarannya adalah kedudukan, halaju atau pecutan.

Sistem kawalan proses
Sistem kawalan proses merupakan sebuah sistem penyuaitepatan (kawalan automatik) di mana pembolehubah keluarannya berupa suhu, tekanan, aliran, paras, nilai pH atau sebagainya.

Proses
Proses adalah suatu saling tindak  yang komplek yang mengandungi aksi dan reaksi mengikut aturcara yang tertentu.

Pembolehubah
Pembolehubah ialah sebarang parameter fisikal seperrti suhu, tekanan, paras, kadar aliran dan sebagainya.

Pemboleubah dinamik
Pembolehubah dinamik ialah sebarang parameter fisikal yang boleh berubah nilainya secara spontan atau melalui pengaruh luar.

Penyuaitepatan 
Penyuaitepatan adalah suatu operasi untuk menetapkan berbagai nilai pembolehubah dinamik kepada nilai yang dikehendaki atau berhampirannay.


Proses pembolehubah tunggal
Proses pembolehubah tunggal proses yang mempunyai satu pembolehubah sahaja.

Proses pembolehubah majmuk 
Proses pembolehubah majmuk adalah proses yang mengandungi lebih dari satu pembolehubah.

Kawalan proses
Kawalan proses merupakan suatu tindakbalas fisikal di dalam satu proses di mana satu masukan (bahan mentah) boleh menghasilkan beberapa keluaran yang ditetapkan.

Kawalan proses lazim  
Kawalan proses lazim adalah suatu operasi yang menyuaitepat berbagai ciri fisikal yang berlaku dengan sendiri. Contohnya ialah penyuaitepatan suhu dalam badan, perjalanan darah dalam badan, sistem perpeluhan dan sebagainya.

HURAIKAN SISTEM KAWALAN ELEKTRIK,PNEUMATIK DAN HIDRAULIK

KAWALAN ELEKTRIK:


Hukum asas yang menguasai litar elektrik ialah hukum arus dan hukum voltan Kirchoff. Hukum arus Kirchoff, (hukum nod) menyatakan bahawa jumlah aljabar semua arus yang memasuki dan meninggalkan nod adalah sifar. Hukum voltan Kirchoff, (hukum gelung) menyatakan pada mana-mana ketika jumlah aljabar voltan di keliling sebarang gelung dalam litar elektrik adalah sifar. Model matematik litar elektrik boleh diperolehi dengan mengenakan satu atau kedua-dua hukum Kirchoff terhadapnya. Pengkajian terhadap sistem kawalan elektrik melibatkan perintang, pemuat, pearuh dan penguat kendalian.
Contoh 1.1       (a) Litar L-R-C


                         (b) Galangan kompleks

(a) Litar L-R-C

(b) i. Galangan kompleks


(b) ii. Galangan kompleks









KAWALAN PNEUMATIK:

Sebagai bahantara paling cekap untuk menghantar isyarat dan kuasa, bendalir sama ada cecair atau gas, mempunyai penggunaan yang meluas dalam perusahaan. Dalam bidang kejuruteraan, istilah pneumatik memerihal sistem bendalir yang yang menggunakan udara atau gas manakala hidraulik merujuk kepada yang menggunakan minyak.

SISTEM KAWALAN PNEUMATIK

Pneumatik adalah sistem yang digerakkan dengan menggunakan media udara bertekanan. Perkembangan teknologi yang berterusan telah menyaksikan pembangunan yang drastik dalam sistem kawalan pneumatik tekanan rendah bagi sistem kawalan perusahaan. Di antara sebabnya termasuklah ciri tahan letupan, kepermudahan dan mudah senggaraan. Hari ini, perancangan dan pembangunannya dalam bidang automasi membolehkan sistem ini beroperasi untuk menggantikan kerja manusia.

PENGGUNAAN SISTEM PNEUMATIK
  1. Proses perindustriane.
  2. Sistem kawalan kedudukan dan kelajuan.
  3. Sistem brek kenderaan, hon dan hentakan.
  4. sistem penyemburan air, lift dan pintu automatik.
KEBAIKAN DAN KEKURANGAN SISTEM PNEUMATIK

KEBAIKAN:
  • Bekalan udara yang tidak terputus-putus.
  • Pengaruh suhu ke atas kelikatan udara amat kecil.
  • Tidak memerlukan saluran balik seperti hidraulik. Udara dibebaskan ke atmosfera selepas digunakan.
  • Sistem ini bersih.

KEBURUKAN
  • Tidak dapat berperanan sebagai pelincir terhadap bahagian-bahagian yang bergerak.
  • Mempunyai ciri masa lengah yang panjang.








KAWALAN HIDRAULIK

Udara termampat jarang digunakan bagi kawalan berterusan pergerakan peranti yang mempunyai jisim yang berkasar disebabkan oleh daya beban dari luar, kecuali untuk pengawal pneumatik bertekanan rendah. Bagi kes sebegini sistem pengawal hidraulik biasanya lebih disukai. Dalam bidang kejuruteraan, istilah hidraulik memerihal sistem bendalir yang menggunakan minyak.

SISTEM KAWALAN HIDRAULIK

Penggunaan meluas litar hidraulik dalam perkakas mesin, sistem kawalan pesawat udara dan pengendalian yang serupa berlaku kerana faktor seperti kepositifan, kejituan, kebolehlenturan, nisbah kuasa kuda berat yang tinggi permulaan cepat, menghenti dan balikan yang lancar dan tepat dan kepermudahkendalian. Gabungan sistem elektronik dan hidraulik digunakan dengan meluas kerana ia menggabungkan kebaikan kedua-dua kawalan elektronik dan kuasa hidraulik.

PENGGUNAAN SISTEM HIDRAULIK
  • Stering kuasa dan sistem brek pada kenderaan.
  • Mekanisma pemanduan kapal-kapal besar.
  • Sistem kawalan mesin.

KEBAIKAN DAN KEKURANGAN SISTEM HIDRAULIK

KEBAIKAN
  • Bendalir hidraulik bertindak sebagai pelicin, sebagai tambahan pembawa haba yang sesuai.
  • Penggerak hidraulik bersaiz kecil tetapi boleh membina daya atau kilas yang besar.
  • Pengerak hidraulik mempunyai laju tindak balas yang lebih tinggi dengan mula, henti dan balikan laju yang pantas.
  • Penggerak hidraulik boleh dikendalikan dalam keadaan berterusan, terputus-putus, membalik dan bertegun tanpa rosak.
  • Laju jatuh apabila beban dikenakan adalah kecil memandangkan bocoran yang rendah dalam penggerak .

KELEMAHAN
  • Kuasa hidraulik tidak mudah terdapat berbanding dengan kuasa elektrik.
  • Kos sistem hidraulik lebih tinggi berbanding sistem elektrik untuk fungsi yang serupa.
  • Kebakaran dan bahaya letupan melainkan penggunaan bendalir api digunakan.
  • Minyak tercemar boleh menyebabkan sistem hidraulik tidak boleh berfungsi dengan baik.
  • Sistem ini mudah menjadi serabut kerana kesukaran dalam menyenggara sistem hidraulik yang bebas dari kebocoran.