Tuesday, June 23, 2015

KAWALAN PROSES GELUNG TERBUKA DAN GELUNG TERTUTUP

Pengkajian yang dilakukan di dalam bidang kejuruteraan kawalan membolehkan sistem kawalan diklasifikasikan kepada dua.
  • Sistem kawalan gelung terbuka
  • Sistem kawalan gelung tertutup

Sistem Kawalan Gelung Buka. 
Sistem di mana keluarannya tidak memberikan kesan ke atas tindakan kawalan di namakan sistem kawalan gelung buka. Dengan lain perkataan, tindakan kawalan bagi sesuatu sistem tidak bergantung kepada keluarannya.


Sistem Kawalan Gelung Tertutup.  
Sistem kawalan suapbalik seringkali dirujuk sebagai sistem kawalan gelung tertutup. Dalam keadaan praktik, istilah kawalan suapbalik dan kawalan gelung tertutup sering digunakan bertukar ganti.


Terdapat DUA (2) jenis gelung suapbalik iaitu:
  • Suapbalik positif
  • Suapbalik negatif



Contoh : Gambarajah blok sebuah sistem gelung tertutup suapbalik negatif.


Keluaran C(s) didapati dengan mendarab masukan ,E(s) dengan G(s). Manakala E(s) didapati dengan mendapatkan perbezaan di antara masukan, R(s) dengan hasil darab keluaran dan gandaan tetap, H(s).

C(s)  = E(s) G(s)  …………………… (i)
E(s) = R(s) – C(s)H(s)………………. (ii)

Masukan (ii)  ke dalam (i)

C(s) = [R(s) – C(s) H(s) ]G(s)
C(s) = R(s)G(s) –  C(s) H(s) G(s)
C(s)[ 1 + H(s) G(s)]  = R(s) G(s)
                        C(s)    =            G(s)

_______      ________________

                        R(s)              1 + H(s) G(s)
C(s)/R(s)  adalah fungsi pemindahan sistem gelung tertutup dengan suapbalik negatif.

Contoh: Gambarajah  1.4.1 menunjukkan gambarajah skematik sebuah sistem kawalan suhu automatik. Lukiskan gambarajah bloknya.

GAMBARAJAH 1.4.1

Untuk mendapatkan gambarajah blok, pertama kita mesti mengetahui pembolehubah dinamik sistem misalnya, bagi proses di atas ialah suhu.  Suhu disukat oleh jangkasuhu rintangan dan nilainya diubahsuai oleh tranducer kepada nilai rintangan.  Nilai rintangan ini dimasukkan  ke titik  perbandingan.  Kemudian nilai rintangan  titik set  dan nilai yang disukat dibandingkan.  Perbezaan  yang didapati dari bandingan ini dinamakan isyarat ralat.  Isyarat ralat disampaikan ke pengawal yang menentukan  tindakan elemen  kawalan  terakhir iaitu pemanas.  Pemanas akan mengawal suhu cecair  mengikut isyarat yang diterima dari pengawal suhu.

Gambarajah blok bagi sistem kawalan automatik




1 comment: